Negara-negara Ninja Kecil Senarai_negara_ninja_(Naruto)

Negara Air Pusar

Negara Air Pusar (渦の国,, Uzu no Kuni) merupakan negara kelahiran Kushina Uzumaki, ibu kepada Naruto Uzumaki. Namun, begitu negara ini sudah tidak wujud kerana ianya hanya dirujuk melalui imbauan silam. Nama keluarga "Uzumaki" merupakan nama yang sering didengar di negara ini [4].



Negara Batu

Negara Batu (石の国,, Ishi no Kuni) merupakan sebuah negara yang diperkenalkan dalam episod 159. Ia merupakan sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pendeta, oleh yang sedemikian, negara ini dilihat mempunyai banyak kuil dibina di bahagian kota pemerintahannya. Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi mengenai negara ini.



Negara Beruang

Negara Beruang (熊の国,, Kuma no Kuni) merupakan negara yang hanya diperkenalkan di dalam siri anime. Ia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh hutan-hutan yang tebal. Terdapat perkampungan ninja di negara ini, Hoshigakure yang terletak di tengah-tengah negara tersebut dan ianya dikelilingi juga oleh jurang yang dipenuhi dengan gas beracun. Penduduk setempat menggelarkan jurang tersebut sebagai Jurang Maut. Jurang tersebut berperanan sebagai tembok penghalang semulajadi yang menyekat sebarang cuba untuk menyerang kampung tersebut. Sebiji meteor telah terhempas di satu kawasan dalam kampung tersebut pada 200 tahun yang lalu sebelum bermulanya siri Naruto ini.



Negara Besi

Fail:LandofIron.jpgNegara Besi

Negara Besi (鉄の国,, Tetsu no Kuni) merupakan sebuah negara yang sejuk dan bersalji. Secara politikalnya, ia merupakan negara neutral yang tidak pernah terlibat dalam peperangan ninja. Sebenarnya, para ninja mempunyai peraturan yang digunakan sejak dahulu lagi di mana mereka tidak akan mengganggu negara tersebut. Walaupun begitu, negara ini turut memiliki kuasa ketenteraan yang kuat, di mana ianya terdiri daripada pahlawan samurai. Baru-baru ini, ketika Madara Uchiha mengisytiharkan akan memulakan Perang Dunia Ninja Keempat, Negara Besi telah menyertai Pakatan Ninja dan telah bersiap sedia untuk berperang dengan Madara dan menentang Projek Mata Rembulan miliknya. Negara ini terletak di antara tiga gunung yang dipanggil Templat:Nihong. Pemimpin negara ini adalah Mifune yang berpangkat general.

Perhimpunan Lima Kage dilakukan di Negara Besi berikutan faktor keselamatan dan sikap neutral yang dimiliki oleh negara tersebut. Menurut Tsuchikage Ōnoki, Negara Besi memiliki budaya tersendiri dan menyatakan bahawa: "Tiada apa yang menarik" apabila bermesyuarat di sana. Apabila Sasuke Uchiha menyerang perjumpaan para Kage, dia telah diisyitiharkan sebagai penjenayah dunia ninja kerana mencabar kelima-lima orang negara ninja dan cuba mengganggu keadaan di Negara Besi yang bersikap neutral itu.



Negara Bulan Sabit

Fail:Land of the Moon.JPGNegara Bulan Sabit

Negara Bulan (月の国,, Tsuki no Kuni) merupakan sebuah negara yang menjadi fokus dalam filem ketiga Naruto, Naruto the Movie 3: Great Excitement! The Animal Panic of Crescent Moon Island. Ia merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai bentuk seperti "bulan sabit" yang mana ia menjadi penunjuk kepada negara tersebut. Ia merupakan tempat kediaman ninja-ninja dari kampung Getsugakure.

Dalam Peperiksaan Chūnin, terdapat seorang ninja yang memakai dirah dahi dengan simbol bulan sabit dilihat mengambil peperiksaan tersebut, namun tidak dinyatakan atau ditunjukkan dalam peperiksaan yang lain.



Negara Bunyi

Negara Bunyi (音の国,, Oto no Kuni) merupakan negara jiran kepada Negara Api. Ia secara amnya merupakan sebuah negara yang baru dalam dunia politik ninja walaupun ia sebenarnya telah lama wujud dengan nama Negara Padi (田の国,, Ta no Kuni). Orochimaru telah menawan negara tersebut dan telah memujuk Daimyo negara tersebut untuk membolehkan dirinya membentuk sebuah perkampungan ninja.

Otogakure

Rencana utama: Otogakure

Otogakure (音隠れの里,, Otogakure no Sato) atau nama lainnya adalah "Kampung Bunyi" yang turut digelar dengan singkatan Oto merupakan perkampungan ninja yang ditubuhkan oleh Orochimaru. Ia ditubuhkan dengan niat untuk memudahkan kerja Orochimaru mengumpulkan ninja-ninja untuk tujuan eksperimen bagi mempercepatkan matlamatnya mempelajari semua jutsu. Bagaimana pun, Oto bukanlah sebuah perkampungan ninja, tetapi lebih kepada beberapa buah tempat persembunyian dan pengkalan yang bertaburan di dalam Negara Bunyi dan beberapa negara lain.



Negara Burung

Negara Burung

Negara Burung (鳥の国,, Tori no Kuni) merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Negara Angin dan Negara Tanah.

Di dalam siri anime, Naruto Uzumaki, Neji Hyuga dan Tenten telah dihantar ke negara tersebut untuk menyiasat desas-desus mengenai hantu Pahlawan Kutukan, di samping melindungi Daimyo yang memerintah negara tersebut yang bernama Sagi. Melalui siasatan yang dilakukan, mereka telah membongkar satu konspirasi yang dilakukan oleh ninja mengembara yang dipanggil Watari yang mahu menguasai negara tersebut. Bagaimana pun, ninja-ninja ini telah berjaya ditewaskan pada akhirnya.

Negara ini mendapat namanya melalui aktiviti penghijrahan burung beramai-ramai setiap tahun ke negara tersebut.



Negara Cakar

Negara Cakar (爪の国,, Tsume no Kuni) merupakan negara yang membuat kemunculan pada episod 177 dalam siri anime Naruto. Terdapat satu masa di mana, negara ini terlibat dengan pertelingkahan ke atas negara jiran, Negara Taring. Kedua-dua pihak tidak bertungkus-lumus dalam pertelingkahan mereka, terima kasih kepada novel Icha Icha yang dihasilkan oleh Jiraiya apabila ianya telah tersilap dikirimkan kepada Daimyo yang memimpin Negara Taring.



Negara Gunung-ganang

Negara Gunung-ganang (山の国,, Yama no Kuni) merupakan negara tempat wujudnya perkampungan Kagerō. Kampung tersebut telah dimusnahkan sepenuhnya oleh sebuah kampung lain, tiga puluh tahun sebelum bermulanya siri ini.



Negara Hutan

Fail:Land of Forest River.jpgNegara Hutan

Negara Hutan (森の国,, Mori no Kuni) merupakan sebuah negara yang dilitupi oleh hutan tebal, menjadikan sungai sebagai satu-satunya jalan untuk merentasi negara tersebut. Kumpulan penjenayah Shinobazu melakukan kegiatan mereka di negara ini. Gantetsu yang juga merupakan ahli Shinobazu telah ditangkap dan sepatutnya di bawa ke bandar pentadbiran negara tersebut untuk diadili.



Negara Jem Kacang

Negara Jem Kacang (餡の国,, An no Kuni) merupakan sebuah negara yang hanya diterangkan serba sedikit pada episod 194 dalam siri anime Naruto. Kayo telah dihantar oleh Negara Madu untuk menguruskan suatu hal penting dengan negara tersebut. Kayo kemudiannya tersesat, membuatkan mereka mendapatkan bantuan daripada pihak Konohagakure yang menghantar Hinata Hyūga, Naruto Uzumaki dan Kiba Inuzuka.



Negara Kayu

Negara Kayu (林の国,, Hayashi no Kuni) merupakan sebuah negara yang menjadi kediaman kepada sebuah pasukan ANBU yang dipanggil Prajñā.



Negara Langit

Negara LangitSimbol Negara Langit

Negara Langit (空の国,, Sora no Kuni) merupakan sebuah negara yang muncul dalam filem kelima Naruto yang bertajuk Naruto Shippūden 2: Bonds. Ia adalah sebuah negara yang dahulunya ditubuhkan oleh beberapa ninja daripada beberapa buah negara yang mampu mengolah chakura dan membolehkan mereka terbang ke udara. Turut dikatakan bahawa mereka terlibat dalam Perang Dunia Ninja Kedua.

Perkampungan ninja mereka telah dimusnahkan oleh Konohagakure, namun negara tersebut masih wujud. Shinnō merupakan seorang ninja daripada negara tersebut dan reputasi mereka amat dikhuatiri oleh Tsunade ketika mereka menyerang kampung tersebut. Mereka menggunakan sejenis alatan yang boleh menyerap chakura dan kemudiannya membolehkan mereka untuk terbang.

Pengakalan mereka merupakan sebuah kuil gergasi yang dinamakan sebagai Ancor Vatian yang membawa maksud "Senjata Terulung".



Negara Laut

Negara Laut (海の国,, Umi no Kuni) merupakan negara yang membuat kemunculan pada episod 169 siri anime Naruto. Orochimaru memiliki sebuah pengkalan rahsia di negara ini yang digunakan untuk melakukan beberapa siri eksperimen miliknya. Seorang daripada anak buah Orochimaru masih terus menjalankan eksperimen di sini walaupun setelah ditinggalkan olehnya, seterusnya membawa kepada serangan yang dilakukan ke atas kapal-kapal tempatan yang berlayar. Negara ini bukanlah sebuah negara yang makmur dan ia bergantung sepenuhnya kepada perlindungan yang diberikan oleh ninja-ninja dari Negara Air.



Negara Lembah

Negara Lembah (谷間の国,, Tanima no Kuni) merupakan sebuah negara yang diberikan sedikit pendedahan pada episod 193 dalam siri anime Naruto. Nanafushi merupakan seorang ninja yang ingin mencuri rahsia Konoha dilahirkan di negara ini.



Negara Madu

Negara Madu (蜜の国,, Mitsu no Kuni) merupakan sebuah negara yang mendapat sedikit pendedahan pada episod 194 dalam siri anime Naruto. Masih tidak ada maklumat lain mengenai negara ini.



Negara Mi

Negara Mi merupakan sebuah negara yang khusus dalam penghasilan mi, yang mana ianya juga turut digunakan sebagai nama negara tersebut. Daimyo yang memerintah negara ini bernama Chikara.



Negara Ombak

Fail:Land of Waves.JPGNegara Ombak

Negara Ombak (波の国,, Nami no Kuni) secara amnya merupakan sebuah negara yang miskin dan tidak memiliki perkampungan ninja. Ianya merupaka sebuah kepulauan yang terpencil dan pernah menjadi sebuah perlabuhan yang makmur, sehinggalah kedatangan Gatō ke negara tersebut. Gatō telah "memecah" semangat penduduk setempat dan memonopoli aktiviti industri perkapalan yang merupakan nadi ekonomi penduduk di negara tersebut.

Pasukan 7 telah melakukan misi sebenar pertama mereka di negara ini dan melalui "bantuan" Momochi Zabuza dan penduduk negara tersebut, penguasaan Gatō telah berjaya ditamatkan. Selepas itu, sebuah jambatan telah dibina yang mana ianya mampu menghubungkan negara tersebut dengan Negara Api. Jambatan tersebut telah membantu dalam perkembangan aktiviti perdagangan dan pertukaran kepada banyak tempat di negara tersebut dan ia kini telah menjadi sebuah negara yang makmur kembali.

Sasuke Uchiha telah diketahui melawati negara tersebut dalam Bahagian II bersama-sama dengan Karin dan Suigetsu yang ingin mendapatkan Pedang Pemancung Manusia milik Momochi Zabuza.



Negara Pasir

Negara Pasir (砂の国,, Suna no kuni) merupakan sebuah negara yang memiliki seorang daimyo yang terkenal. Gennō pernah dua kali memalsukan surat rekomendasi yang ditulis oleh daimyo tersebut untuk mendapat kebenaran memasuki Konohagakure.



Negara Paya

Fail:Land of Swamps.JPGNegara Paya

Negara Paya (沼の国,, Numa no Kuni) merupakan sebuah negara yang terletak berdekatan dengan Negara Puaka. Di negara inilah letaknya tubuh puaka bernama Mōryō disimpan.

Anko Mitarashi pernah melindungi seorang daimyo dari sebuah negara yang memiliki nama yang sama bernama Chiciyasu. Tidak diketahui sama ada negara tersebut adalah negara yang sama dengan Negara Paya ini. Negara ini dilihat merupakan negara sekutu kepada Negara Api apabila Maito Gai dihantar untuk melakukan misi di negara ini.



Negara Puaka

Shion, biarawati Negara Puaka

Negara Puaka (鬼の国,, Oni no Kuni) merupakan sebuah negara yang muncul dalam filem keempat Naruto, Naruto: Shippūden the Movie. Ia terletak selang dua negara daripada Negara Paya.

Shion, seorang biarawati di negara ini yang memiliki keupayaan untuk menjangkakan kematian seseorang dan mengurung roh-roh puaka.



Negara Salji

Fail:Land of Snow.JPGNegara Salji

Negara Salji (雪の国,, Yuki no Kuni) merupakan sebuah negara yang menjadi fokus dalam filem Naruto the Movie: Ninja Clash in the Land of Snow yang telah ditawan oleh penjahat. Terdapat sebuah perkampungan ninja di negara tersebut yang dipanggil Yukigakure. Negara Salji memiliki tahap kecanggihan teknologi yang berlainan jika dibandingkan dengan negara-negara ninja yang lain dlam dunia Naruto.

Negara ini dilihat memiliki kemudahan seperti landasan keretapi, kapal udara, kenderaan salji, generator kuasa eletrik dan senapang bertalu-talu yang menggunakan kunai sebagai pelurunya. Tambahan lagi, ninja di negara ini mengenakan sejenis perisai chakura yang unik di mana ianya mampu mengatasi sebarang teknik ninjutsu atau genjutsu. Pada penghujung filem ini, nama negara tersebut telah bertukar kepada "Negara Musim Bunga" dan semua salji telah mencair.



Negara Sayur-sayuran

Fail:Land of Vegetables.JPGNegara Sayur-sayuran

Negara Sayur-sayuran (菜の国,, Na no Kuni) merupakan sebuah negara yang diperkenalkan pada episod 187-191 dalam siri anime Naruto. Naruto Uzumaki, Chōji Akamichi dan Hinata Hyūga telah dihantar ke negara ini untuk menjadi pengawal peribadi kepada sebuah konvoi kecil tanpa menyedari bahawa anak perempuan daimyo negara ini, Haruna berada dalam kumpulan tersebut.

Haruna telah melarikan diri daripada kumpulan bersaudara yang telah menawan negara tersebut setelah membunuh perancang yang membantu mereka. Haruna kemudiannya menjadi daimyo baru apabila ninja-ninja Konoha berjaya mengalahkan kumpulan bersaudara tersebut.



Negara Sungai

Negara Sungai (川の国,, Kawa no Kuni) merupakan sebuah negara yang tidak memainkan sebarang peranan di dalam siri ini sehinggalah Pakkun mengesan salah satu pangkalan rahsia Akatsuki di sebuah gua di negara tersebut. Pangkalan rahsia tersebut telah terjejas kerana beberapa siri pertarungan.

Negara ini juga memiliki lombong emas Katabami Kinzan, perkampungan dan pusat pemprosesan. Terdapat sebuah kedai ekslusif yang dikenali sebagai Kedai Kari Kehidupan, tempat di mana Naruto Uzumaki, Neji Hyūga, Tenten dan Rock Lee menjamu makan.



Negara Taring

Fail:Land of Fang.jpgNegara Taring

Negara Taring (牙の国,, Kiba no Kuni) merupakan negara yang diperkenalkan pada episod 177 dalam siri anime Naruto. Pada satu ketika, berlakunya ketegangan di antara negara ini dengan negara Negara Cakar.

Kedua-dua negara nyaris-nyaris mengadakan peperangan, namun terima kasih kepada novel Icha Icha milik Jiraiya menjadi pendamai apabila senaskhah novel tersebut telah tersalah hantar kepada daimyo Negara Taring yang juga seorang peminat kepada novel tersebut. Daimyo tersebut menyangkakan bahawa novel tersebut dihadiahkan oleh daimyo Negara Cakar.



Negara Teh

Daimyo, Negara Teh

Negara Teh (茶の国,, Cha no Kuni) merupakan sebuah negara kecil yang terletak berhampiran dengan Negara Api, di mana Pasukan Kakashi (kecuali Hatake Kakashi yang melakukan misi lain) telah membantu Idate Morino untuk memenangi satu perlumbaan yang digunakan untuk menyelesaikan persengketaan di antara Keluarga Wasabi dan Keluarga Wagarashi.

Ia mengandungi dua buah pulau yang berbeza, di mana perlumbaan tersebut dilangsungkan.